Info Korporat
Latar Belakang
UJKTWP merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui waran perjawatan Bil. 59/2004 dan Bil. 65/2004. Sebelum diwujudkan sebagai satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, UJKTWP wujud sebagai satu seksyen di Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPPLK) dikenali sebagai Seksyen Tanah.
Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang.
UJKTWP dari segi fungsinya telah wujud semenjak penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 2004 berikutan daripada penubuhan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Tanah (JKT).
Visi dan Misi

VISI
Ke arah pengurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah, pengurusan perundangan tanah di Wilayah Persekutuan dan pelaksanaan penawaran hartanah di Putrajaya yang cemerlang berteraskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

MISI
- Melaksanakan dengan sempurna tugas dan fungsi keurusetiaan kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan;
- Melaksanakan pengurusan perundangan tanah meliputi pewartaan dan semakan undang-undang berkaitan tanah;
- Melaksanakan program penawaran hartanah di Putrajaya kepada anggota perkhidmatan awam.

fungsi
- Menjalankan kerja-kerja Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Melaksanakan tugas-tugas pewartaan pelantikan pegawai pejabat tanah dan pejabat ukur, perizaban tanah Kerajaan dan pengambilan tanah
- Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa berhubung pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Mengkaji isu semasa berhubung masalah tanah dan menyediakan laporan maklumbalas cadangan penyelesaian.
- Melaksanakan program penawaran unit kediaman Civil Servant Reserved Unit (CSRU) di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Anggota Pentadbiran dan kakitangan Kerajaan.

objektif
- Melaksanakan tugas-tugas sebagai urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meliputi: Pewartaan dan perlantikan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Pejabat Ukur mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara, 1965, Sabah Land Ordinance, 1930 dan Akta Mahkamah Rendah, 1948.
- Pewartaan dan perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pewartaan perizaban tanah dan pembatalan perizaban untuk maksud awam dibawah Kanun Tanah Negara, 1965 dan Ordinance Land Sabah, 1930. Pewartaan penyenaraian syarikat/institusi kewangan di bawah Jadual Kedua Enakmen Rezab Melayu, 1946.
- Memastikan pelaksanaan dasar-dasar berhubung pentadbiran dan pembangunan tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Keanggotaan dalam jawatankuasa kajian semula dan semakan undang – undang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri;
Membuat kajian dan menyediakan maklumbalas untuk pertimbangan Kerajaan berhubung isu-isu pentadbiran tanah dan juga pembangunan di Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Melaksanakan program penawaran unit kediaman Civil Servant Reserved Unit (CSRU) di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Anggota Perkhidmatan Awam.

